Header Ads

19 Selamat Dalam Insiden Tenggelam Boat Di Perak Malaysia

acehbaru.com | Perak –Sedikitnya 18 orang dilaporkan selamat dalam musibah tenggelam Boat pengangkut warga Indonesia yang selama ini mencari rezeki di negeri Jiran Malaysia. Dari jumlah tersebut 14 orang kini dibawah pengawasan Polisi Hutan Melintang, dan 4 lainnya dalam perawatan medis.

Kepala Polisi Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, dirilis hmetro.com.my mengatakan semua mayat boat karam itu dibawa dari Balai Polis Hutan Melintang pada pukul 18:30 dan sampai pada pukul 20:20 Wib malam.

"Semua mayat iaitu 13 wanita dan seorang lelaki dibawa ke HRPB bagi proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

"Setakat ini 19 mangsa yang terselamat dan sebahagiannya dirawat di Hospital Teluk Intan dan operasi mencari dan menyelamat di Jeti Sungai Sumun, Hutan Melintang sudah diberhentikan sementara waktu pada 7 malam tadi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, wakil pihak Kedutaan Indonesia juga sudah melawat ke pusat operasi di Jeti Sungai Sumum petang tadi; bagaimanapun, buat masa ini polis masih belum memberikan akses sepenuhnya kepada wakil berkenaan kerana siasatan masih dijalankan.

Sementara itu, 14 mangsa yang terselamat dalam trajedi bot karam ditahan di lokap Balai Polis Hutan Melintang kerana dipercayai Pendatang Tanpa Izin (PATI). Bagaimanapun satu-satunya wanita yang terselamat dibawa ke Hospital Teluk Intan (HTI) dekat sini.Wanita berusia 30-an itu yang mengalami kecederaan dan trauma dirawat di HTI. (ira/yed)

Tidak ada komentar

Diberdayakan oleh Blogger.